
Polis Diraja Thailand diketuai Timbalan Ketua Polis Jen Wuthi Liptapallop menyerahkan 20 kereta curi Malaysia yang ditemui di Thailand kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh pada satu majlis hari ini. Turut hadir Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain. Kesemua 20 kereta yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta itu akan dihantar pulang ke Malaysia. - Foto BERNAMA
BANGKOK: Isu keselamatan sempadan dan penyeludupan manusia dijangka menjadi tumpuan Mesyuarat Rundingan Malaysia-Thailand Keenam yang dijadual berlangsung di sini, esok.
Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain pada sidang medianya hari ini, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bertemu rakan sejawatnya, Prayuth Chaocha di Rumah Kerajaan Thailand bagi membincangkan isu berkenaan.
Katanya, isu ekonomi, pendidikan dan kebudayaan turut menjadi tumpuan berikutan Malaysia dan Thailand berkongsi banyak persamaan dalam bidang berkaitan.
"Mesyuarat kali ini dianggap penting kerana akan menetapkan dasar antara kedua-dua negara, terutama berkaitan keselamatan sempadan dan usaha membanteras penyeludupan manusia.
"Malaysia juga memainkan peranan penting sebagai fasilitator bagi membawa pihak di selatan Thailand ke meja rundingan untuk menyelesaikan konflik di wilayah berkenaan," katanya.

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim 08 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.