GAMBAR Duit Kertas Baru

Menurut Bank Negara, teknologi tinggi yang diberikan pada wang kertas baru ni termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Tema duit kertas kali ini ialah Keunikan Malaysia. Selain tu bagi mereka yang cacat penglihatan , mereka masih lagi boleh mengenal pasti dengan cara sentuhan , kerana setiap nilai wang kertas diberikan sentuhan yang berbeza.

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam not RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Gambar Wang Kertas Baru Bermula 16 Julai 2012


wang kertas baru RM100

Pada bahagian belakang wang kertas RM100 diletakkan gambar Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara dan lembah Gunung Api iaitu tempat pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan.

wang kertas RM50

Wang Kertas RM50 ringgit ini lebih kepada mercu tanda negara Malaysia di mana terdapat gambar stadium kebanggaan kita, Stadium Bukit Jalil dan Menara KLCC.




wang kertas RM20

Wang kertas RM20 dihentikan pengeluaran tahun lepas dan kemudian dikeluarkan semula dan rupa yang berbeza, lihat gambar wang kertas RM20 yang baru ni..warna keemasan. Pada wang RM20 dipaparkan spesis penyu yang terkenal yang dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah dan Penyu Belimbing.


wang kertas RM10

Wang kertas baru RM10 berwarna merah jambu dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.


wang kertas RM5

Masih lagi bewarna hijau, bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Diharapkan wang kertas RM5 ni tidak lagi mudah pecah dan terkoyak seperti yang sebelum ni.



Masih lagi warna biru bagi wang kertas RM1 , di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?