Namun, ada faktor-faktor lain yang mendorong lelaki akan berlaku curang. Seperti kata pepatah, selagi tidak cukup kuota 4 orang maka lelaki akan terus mendekati perempuan. Betul ke? Di bawah ini disenaraikan antara punca lelaki berlaku curang terhadap wanita.
Punca Lelaki Curang
Curang selalunya dikaitkan dengan berharta. Lelaki yang kaya lebih cenderung untuk curang kerana kebanyakan perempuan mudah dipancing dengan kekayaan dan harta benda.
2) Handsome
Muka yang jambu dijadikan faktor curang. Walaupun miskin, papa, kedana, sengkek, tapi asal ada rupa, mak-mak datin senang dijadikan mangsa dan ada juga antara lelaki ini dijadikan sebagai “Anak Ikan”.
3) Bosan
Perhubungan selama 5 tahun akhirnya diakhiri dan ditamatkan kerana bosan. Tiada aktiviti yang menyeronokkan seperti mula-mula bercinta.
4) Menyampah
Mungkin dah penat melayan kerenah isteri atau kekasih yang terlalu mengada-ngada atau demand lebih, akhirnya curang menjadi penyelesaian. Selama ini, selalu menipu untuk menjaga hati pasangan, tetapi hakikatnya, …
5) Counter-Curang
Si pasangan perempuan memulakan langkah curang, akhirnya lelaki juga mulai mencari ruang-ruang kosong untuk counter-curang. Konsep ini diberi nama fair and square.
6) Terlanjur
Kegiatan lelaki perampas dara perempuan. Apabila sudah mencapai target untuk terlanjur bersama pasangan, maka mangsa seterusnya dicari.
7) Queen Control
Lelaki yang selalu menjadi mangsa kepada isteri atau kekasih selalunya akan bertindak secara senyap-senyap. Walaupun pada fizikalnya nampak biasa, tetapi adanya satu perasaan ingin memberontak di dalam hati.
8) Selekeh
Sama seperti perempuan, imej adalah satu perkara penting di dalam hidup. Isteri atau kekasih yang selekeh juga boleh menjadi faktor lelaki curang.
9) Cinta Lama
Sama seperti drama-drama TV indonesia yang selalu ditayangkan di media elektronik, kekasih lama yang muncul kembali juga boleh menjadikan seorang lelaki itu curang kepada pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika si kekasih lama bagigreenlight.
10) Nafsu Tinggi
Nafsu lelaki yang tak dapat dikawal juga menjadi punca berlakunya curang. Lebih-lebih lagi, jika tuntutan nafsunya tidak dapat dilayan oleh pasangan.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?