Berbicara mengenai cinta sememangnya seronok! Anda pernah jatuh cinta? apakah perasaan anda apabila cinta mula berputik di hati anda? Sesetengah orang biasanya tidak perasan akan tibanya rasa bahagia tercipta tatkala hubungan semakin akrab. Ketahui tanda-tanda anda dilamun cinta sekarang.
Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama, padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik sepenuhnya pada dia
Anda mula dahagakan senyuman dari si dia
Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama itu berlaku
Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu mempunyai minat yang sama dan secara perlahan–lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa kepada dia
Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan dia
Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima dia seadanya
Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila bersama dengan dia
Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama–sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda tetap cuba mencari masa
Tiba–tiba sahaja anda minat untuk dengar lagu cinta
Anda mula membayangkan masa hadapan anda berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga mula merencana pelbagai aktiviti untuk di lakukan bersama–sama
Anda mula rasa sayang teramat pada dia
Anda mula berkongsi perkara yang berlaku dalam hidup anda dengannya
Jadi bagaimana? adakah ada ciri-ciri seperti di atas? apabila anda mengetahui yang anda sememangnya sudah jatuh cinta dengan si dia, maka jagalah hubungan baik anda dan dia supaya kebahagiaan yang tercipta berkekalan hingga ke akhirnya.
hai..assalamualaikum..bagaimana jatuh cinta??hehe..dulu benci2 skang dah cinta..nak bertunang..dan kemudian berkahwin...ajaibkan..orang yang kita paling benci..tapi orang itulah yang datang dalam hidup kita bila kita ditinggalkan orang yang paling kita cinta..*er,paham x*hehe..susah lah nak xplain..haha