
Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah beramah mesra dengan penerima-penerima sijil penghargaan sempena Perasmian Perhimpunan Pegawai Awam ke10 di Maktab PDRM Cheras, turut hadir Presiden PACSU, Mahamad Bahrum (kiri). - Foto NSTP/Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan menambah bilangan profesional dalam kalangan pegawai awam bagi melicinkan pentadbiran pasukan keselamatan itu.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata PDRM memerlukan kira-kira 1,000 pegawai awam profesional, terutama dalam bidang teknologi maklumat, perakaunan dan kaunseling.
"Majoriti pegawai awam dalam PDRM menjalankan tugas perkeranian, manakala bidang profesional hanya kira-kira 10 peratus. Sebab itu kita memerlukan lebih ramai golongan profesional dalam PDRM," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Pegawai Awam PDRM ke-10 di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim 08 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.