PAS ucap takziah

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

MARANG: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, yang kembali ke rahmatullah pagi ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Allahyarham adalah generasi awal lulusan Islam yang bersama memperjuangkan agenda Islam parti itu.

"Bagi pihak PAS, saya ucap takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama ambia, syuhada dan solihin.

"Allahyarham adalah generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam.

"Kita harap semua sumbangan Allahyarham pada Islam, pada PAS diterima oleh Allah dan segala kekurangannya diampunkan oleh Allah SWT," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini, pagi ini.

Abdul Hadi berkata, kepulangan ke rahmatullah pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa' itu adalah kehilangan besar pada negara.

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi 16 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.