Jadual Gaji Matriks SSM Kenaikan 13 Peratus!

Datuk Seri Najib telah menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan jadual matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut gred yang telah ditetapkan oleh beliau sendiri. Dengan kenaikan 13peratus berbanding gaji sebelumnya, diharap semua pihak yang terlibat berpuas hati dengan keputusan ini.

Gred 1 hingga Gred 54 = 13%
Gred Utama C, B, A = 9%
Gred Turus III dan II = 8%
Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) = 7%

contoh pengiraan :

jadual SSM 2012

Di atas merupakan Jadual Gaji DG41 mengikut SSM 2012 sebelum dan selepas kenaikan 13 peratus dan Kenaikan Gaji Tahunan. Gaji pada T1 (Merah) adalah gaji permulaan yang juga merupakan kadar gaji SSM lama. Kadar ini kemudiannya berubah selepas kenaikan 13 peratus. Maknanya gaji baru pada Januari 2012 adalah RM1916.31.

Setiap tahun gaji akan berubah mengikut Kenaikan Gaji Tahunan. Gred DG41 akan mendapat Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak RM225.00 dan ini menyebabkan gaji bagi gred ini pada 2012 akan berubah pada kadar RM2141.31. Perubahan ini adalah berdasarkan tarikh kenaikan gaji masing-masing .


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?