
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) berbual dengan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha (kiri) ketika membincangkan isu-isu keselamatan dan ekonomi sempena Rundingan Tahunan Malaysia Thailand ke-6 di Rumah Kerajaan Bangkok, Jumaat. - Foto BERNAMA
BANGKOK: Malaysia dan Thailand bersetuju mengkaji pembinaan Projek Keretapi Kelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur-Bangkok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, Thailand adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat ASEAN menyebabkan hubungan darat kedua negara perlu dipertingkat.
"Malaysia dalam proses menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura melalui HSR dan mengalukan persetujuan Thailand mengkaji kemungkinan HSR disambung ke Bangkok.
"Selain itu, pembinaan dua jambatan baharu di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur yang dirancang dibina pada 2018 dipercepat ke tahun hadapan," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chanocha di sini, petang tadi.
Terdahulu Najib bersama Prayuth menghadiri Mesyuarat Rundingan Bersama Malaysia-Thailand yang berlangsung di Rumah Kerajaan di sini.

Oleh Farah Suhaidah Othman 09 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.