Kenapa Kusut dan Pening Kepala?

Kenapa Kusut dan Pening Kepala? Pening kusut dan serabut otak aku sekarang ni. Baru aku tahu bukan senang nak ber'bini' dua atau banyak ni. Sejak aku memiliki satu lagi blog berplatform wordpress baru-baru ini, kerja aku semakin bertambah banyak dan kesuntukan masa.


Serabut Otak
Kusut Kepala

Mana tidaknya, aku masih ada lagi satu paper untuk peperiksaan mid-term aku yang akan berakhir pada sabtu depan dan perlukan pengajian yang secukupnya. Ditambah lagi dengan program pekerjaan dari rumah dengan Jobdirumah.com yang mula membuahkan hasil. 

Kemudian tugas aku bertambah dengan mengakaji sedalam-dalamnya tentang blog berplatform wordpress yang pada aku kini boleh aku cakap, 'wordpress tidaklah sesukar mana yang dijangka'. Cuma kini aku masih merancang apa niche yang sesuai dengan blog tu nanti. 

Mungkin blog itu nanti aku akan lebih fokus kepada permainan keyword SEO dan perkongsian ilmu serta informasi yang bermanfaat kepada pengunjung di sana. Aku percaya blog berplatform wordpress boleh pergi jauh kalau dijaga rapi dan diterapkan beberapa teknik SEO, insyaallah. 

Cara Nak Hilangkan Pening Kepala dan Stress

Kalau korang pernah rasa kusut kepala atau pening ke, rasanya boleh la amalkan sedikit ilmu aku yang tak seberapa ni. Semoga berkesan :

1. Tenangkan fikiran, duduk atau pun kalau susah sangat baring untuk merehatkan otak dan badan buat sementara waktu. Tenangkan fikiran.

2. Berwuduk, buat solat sunat ke berdoa supaya dipermudahkan segala urusan. Insyaallah semuanya berjalan lancar.

3. Makan panadol! Yang ini biasa orang buat. Tapi aku sendiri tak galakkan makan ubat-ubatan ni sebab paham jela semua ubat ni mengandungi bahan dadah walalupun dalam kuantiti yang kecil.

Berbalik kepada cerita aku tadi, aku memang tabik spring la dengan sesiapa yang ada blog yang banyak ni dan boleh update selalu. Mungkin masa yang membezakan antara aku dan orang di luar sana yang boleh meluangkan banyak masa dihadapan komputer.

Tapi aku percaya kesibukan ni cuma pada awalnya sahaja sebab lepas ni mungkin kerja aku 
lebih mudah dikemudian hari. Aku yakin, segalanya pasti berjalan lancar dengan usaha yang aku lakukan sekarang ni. 

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.