Lebih 600 rakyat Malaysia sambut Aidiladha di Jakarta

ANTARA rakyat Malaysia yang menyambut Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar malaysia, Jakarta. - Foto BERNAMA

JAKARTA: Lebih 600 rakyat Malaysia yang berada di Jakarta hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana tetapi meriah di Kedutaan Besar Malaysia, di sini.

Sambutan hari raya itu dimulakan dengan solat sunat Aidiladha yang berlangsung dalam kompleks kedutaan besar yang diimamkan Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.

Selepas mendengar khutbah hari raya, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan isteri, Datin Seri Che Mahani Ismail bersama-sama rakyat Malaysia menjamu selera dengan kuih muih dan juadah masakan Malaysia.

Zahrain ketika ditemui berkata pada tahun ini empat ekor lembu dan 12 ekor kambing dikorbankan dan diagihkan kepada fakir miskin yang telah dikenal pasti pihak kedutaan.

Suasana sambutan hari raya itu meriah dengan penglibatan semua petugas dan keluarga kakitangan di Kedutaan Besar Malaysia dan juga para pelajar Malaysia yang berada di Jakarta, bergotong-royong melapah daging dan memasak untuk jamuan tengah hari.

Beliau berkata semangat gotong-royong itu mengeratkan hubungan silatulrahim sesama keluarga kakitangan di kedutaan seperti sebuah keluarga yang besar di perantauan. - BERNAMA

12 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.