
ANGGOTA penyelamat mengusung mangsa yang tergelincir dari lereng Bukit Keluang, pagi tadi.
KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) parah di kepala dan badan selepas terjatuh kira-kira 20 meter ke dalam gaung di Bukit Keluang, Besut di sini, pagi tadi.
Muhammad Abra Idris, 19, penuntut UiTM Jengka, Pahang dikatakan terjatuh selepas tergelincir dari lereng Bukit Keluang pada jam 9.15 pagi tadi.
Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Besut, Penolong Pegawai Bomba, Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.34 pagi tadi.
Katanya, pasukan penyelamat yang turut dianggotai pegawai perubatan Hospital Besut (HB) terpaksa menggunakan pengusung dan tali untuk menurunkan mangsa selepas kerja menaikkan mangsa dari gaung selesai dilakukan.
"Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan belum sedarkan diri.
"Usaha membawa turun mangsa dari bukit sedang dilakukan," katanya.
Zailani berkata, keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan awal.

Oleh Baharom Bakar dan Mohamad Ishak 10 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.