Oleh Luqman Arif Abdul Karim
KUALA LUMPUR: Lebih 40 individu baharu di seluruh negara yang dipercayai dijangkiti Zika ketika ini menjalani ujian darah bagi mengekang penularan virus berkenaan.
Mereka yang disahkan positif akan dikuarantin, selain disyorkan langkah pencegahan bersesuaian seperti mengamalkan seks mengikut kaedah selamat dan larangan untuk menderma darah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ujian terhadap semua individu terbabit turut dikendalikan makmal hospital kerajaan dan swasta.
Katanya, keputusan akhir yang menentukan sama ada mana-mana individu disahkan positif Zika hanya akan dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
"Kita beri hak sepenuhnya kepada IMR untuk mengendalikan pengesahan ujian darah daripada makmal di seluruh negara kerana mereka mempunyai standard tertentu untuk diikuti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan galeri 70 tahun penubuhan MIC, di sini, sebentar tadi.
Turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany; Setiausaha Agungnya, Datuk A Sakthivel dan barisan kepemimpinan MIC.

12 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.