KUALA LUMPUR: Aliran trafik ke utara dan selatan dilapor lancar setakat 12 tengah hari ini, menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad.
Beliau memaklumkan berlaku kesesakan lalu lintas hanya di Simpang Renggam menuju Sedenak berikutan berlaku kemalangan di Km48.7.
"Tiada penutupan lorong dibuat namun trafik perlahan di kawasan kemalangan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

12 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.