
MOHD Shukri (saf hadapan, empat dari kiri) bersama sebahagian jemaah menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yasin sempena pemergian Haron Din, di Kompleks PAS Negeri, di Kangar, malam ini. - Foto Hafizudin Mohd Safar
KANGAR: Lebih 1,000 rakyat negeri ini menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yasin sempena pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, di Kompleks PAS Negeri, di sini, sebentar tadi.
Majlis yang diadakan selepas solat Maghrib itu dihadiri kepimpinan PAS negeri termasuk Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, majlis solat jenazah ghaib yang dirancang diadakan pada malam ini akan dilaksanakan pada esok pagi.
"Atas faktor perbezaan masa antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), solat jenazah ghaib akan diadakan selepas solat subuh pagi esok.
"Kami meminta rakyat Perlis yang berkelapangan esok dapat sama-sama menunaikan solat subuh dan solat jenazah ghaib di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi," katanya.
Oleh Muhammad Mustakim Ramli 16 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?