
Datuk Seri Mahdzir Khalid.
JITRA: Kementerian Pendidikan mengambil langkah persediaan dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir sepanjang berlangsungnya tiga peperiksaan utama bermula bulan depan hingga Disember ini.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata jawatankuasa itu yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof menyenaraikan beberapa tindakan yang boleh diambil di negeri berisiko termasuk Kelantan dan Kedah.
"Kita akan melihat keseluruhan terutama di negeri mudah dilanda banjir dengan ada beberapa pilihan untuk diambil tindakan...sekiranya banjir berlaku di sesebuah negeri itu apa yang perlu kita buat, itu semua dah disiapkan pihak jawatankuasa tertinggi.
"Kuasa itu kemudiannya diturunkan kepada pengarah negeri contohnya di Kedah dan Kelantan untuk diambil keputusan sesuai bagi memastikan peperiksaan boleh berjalan," katanya kepada pemberita selepas majlis sepetang bersama Menteri Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman, di sini tadi.
Tiga peperiksaan utama iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula pertengahan bulan depan manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 7 November manakala Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula pada 15 November ini.

Oleh Suzalina Halid 19 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.