LRT perlu semak semula SOP - Irmohizam

SISTEM Transit Aliran Ringan (LRT). - Foto Rosela Ismail

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) perlu menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi meminimumkan kemungkinan kerosakan dijangka dan luar jangka.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, berkata kajian dan tindakan penyelesaian perlu diambil segera jika faktor bekalan kuasa menjadi punca terjejasnya sistem LRT.

Katanya, tindakan PRASARANA memulihkan semula sistem perkhidmatan LRT di samping memulangkan bayaran tambang selain memberi perkhidmatan percuma, adalah usaha yang baik.

"Apa yang penting ialah kepercayaan orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan awam dan ada antara kita bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam semata-mata untuk bergerak.

"Pengangkutan awam yang cekap tidak semestinya pantas semata-mata kerana ketepatan waktu operasi adalah lebih utama terutama pada waktu puncak.

"Saya harap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dapat membantu menasihati penyedia pengangkutan awam berhubung pematuhan prosedur garis panduan penyelenggaraan dan keselamatan penumpang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden LRT Aliran Kelana Jaya yang terkandas antara stesen Datuk Keramat dan Damai pagi semalam, dikatakan berpunca akibat gangguan bekalan elektrik.

Irmohizam berharap undang-undang khusus mengenai transit aliran ringan dapat diwujudkan yang menjurus terhadap kecuaian dalam penyelenggaraan.

"Mungkin kerajaan perlu merujuk kembali Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 supaya pengangkutan awam ini boleh ditambah baik," katanya.

Oleh Baharom Bakar dan Mohamad Ishak 10 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.