
GEORGETOWN: Beberapa jalan di sekitar bandar raya ini akan ditutup sempena Program Starwalk Penang 2016, pagi esok.
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Timur Laut, Noh Idris, berkata kira-kira 20,000 peserta mengambil bahagian dalam acara di Penang Times Square, di sini, yang bermula jam 7 pagi.
"Antara laluan ditutup secara berperingkat adalah Jalan Penang, Jalan Burma, Jalan Transfer, Jalan Sri Bahari, Jalan Lebuh Light dan Jalan Padang Kota.
"Selain itu, Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah, Jalan Lebuh Penang, Jalan Kapitan Keling, Jalan Lebuh Carnavon, Jalan Magazine, Jalan Gudwara dan Jalan Kampung Jawa Baru juga akan turut ditutup," katanya.
Bagi mengelak kesesakan lalu lintas, orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan anggota serta pegawai trafik bertugas.
"Semua laluan akan dibuka semula kira-kira jam 12 tengah hari," katanya.
Oleh Fairuz Zaidan 10 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?