Jalan Bukit Bintang ditutup pada 22, 23 September

KUALA LUMPUR: MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) mengumumkan penutupan sepanjang Jalan Bukit Bintang pada malam 22 dan 23 September ini bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.

Penutupan jalan bermula jam 9 malam hingga 6 pagi bagi merungkai gantri, iaitu keluli yang mendokong kren di bawah tanah tapak pembinaan Stesen MRT di Bukit Bintang.

Jurucakap syarikat itu berkata, ia membabitkan laluan sepanjang 140 meter, iaitu di antara restoran McDonalds dan KFC.

"Sepanjang penutupan jalan terbabit, kami menyediakan laluan alternatif untuk kegunaan pengguna. Bagi penunggang motosikal, dinasihatkan mengikut papan arahan yang disediakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihaknya turut menyediakan pasukan tindak balas kecemasan bagi membantu mengawal lalu lintas dan orang ramai yang perlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 1-800-82-6868 atau layari www.mymrt.com.my.

Oleh Suzalina Halid 19 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?