NURUL Ummi Muhamad Razak.
BANGI: Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, menjadi peserta termuda terpilih mengikuti program Permata Nobelist Mindset di The Royal Society London pada 2 hingga 11 Disember ini.
Nurul Ummi Muhamad Razak, 14, pemenang pingat emas Pertandingan Kreativiti Reka Cipta Dunia 2016 (WICC 2016) di Korea Selatan, bulan lalu, adalah seorang daripada 24 pelajar terpilih menerusi bengkel National Permata Nobelist Mindset keempat di Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, mulai Isnin lalu hingga hari ini.
Seramai 400 peserta menyertai pemilihan ke Permata Nobelist Mindset di The Royal Society London dengan penyerahan surat tawaran disempurnakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Pusat PERMATA Pintar Negara UKM, pagi ini.
Kebanyakan peserta terpilih berusia 16 tahun.
23 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?