Semalam Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bergema dengan sorakan penyokong dan peminat tanah air apabila 21 atlet paralimpik, wira dan wirawati negara pulang dari temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.
Kontinjen negara itu mencipta detik kejayaan luar biasa, dengan membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa yang diraikan dengan penuh bangga oleh rakyat Malaysia.
Kejayaan yang dibawa pulang ini, membuktikan mereka juga mampu untuk bersaing di persada dunia, dan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang. Tumpuan yang diberi oleh pemimpin dan rakyat juga tidak kurang hebatnya, dan diharap ianya berterusan tanpa perlu disogokkan dengan kejayaan besar.
Namun begitu, sedikit kebimbangan mengenai nasib golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di luar sana, yang dilihat, seakan tidak diberi tumpuan oleh orang awam akan permasalahan yang dihadapi mereka sewaktu di tempat awam. Kebimbangan ini, disuarakan oleh seorang pemuda, Lucius Maximus dalam penulisannya, di media sosial. Mari kita selami apa yang ingin disampaikan oleh saudara ini.
Sukan Paralimpik 2016 sudah pun melabuhkan tirai pada hari Ahad 18 September. Malaysia berada di kedudukan ke-36 dalam ranking pungutan pingat dengan tiga emas dan satu gangsa. Tidak syak lagi ini adalah catatan terbaik kita dalam Paralimpik dan ia lebih baik berbanding pencapaian atlet Olimpik kita.Tapi lama sebelum atlet Paralimpik mengharumkan nama negara sudah banyak suara-suara 'pejuang' yang berbunyi. Semasa Olimpik sedang berlangsung sudah ada yang bising tentang insentif atlet Olimpik berbanding atlet Paralimpik. Bila Paralimpik berlangsung ada pula yang bising kenapa tidak ada liputan media seluas Olimpik tempoh hari. Sesudah Paralimpik melabuhkan tirai ada lagi bunyi kali ini membangkitkan apakah 'sambutan gemilang' yang akan diberikan kepada atlet Paralimpik kita.
Baguslah sebenarnya. Nampaknya orang kita ramai yang sibuk 'berjuang' untuk atlet Paralimpik dan tak jemu menyoal kerajaan atau pihak swasta tentang peranan dan sumbangan mereka.
Bagus juga kerana semua persoalan itu sudah pun terjawab. Kerajaan memberikan insentif yang sama buat atlet Olimpik dan Paralimpik, 'sambutan gemilang' atlet Paralimpik akan diadakan pada 22 September dan pihak swasta ada yang tampil memberikan penghargaan buat atlet ini, sampai dapat kereta Kia Sportage lagi berbanding Proton.
Tetapi 'perjuangan' ini harapnya tidaklah hangat-hangat tahi ayam dan terhad pada atlet Paralimpik. Kalau selama ini korang sibuk mempersoalkan kerajaan dan pihak swasta tentang atlet Paralimpik, maka eloklah juga kita muhasabah diri tentang peranan dan sumbangan individual kita kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Ya, tak perlu sibuk nak tanya KJ apa yang dia buat tapi fikirkan balik apa yang boleh kita buat untuk golongan OKU.
Benda ni tak perlu sebesar mana pun. Kalau kau mampu hulur bantuan atau jadi sukarelawan membantu golongan OKU itu sudah cukup hebat. Tapi kalau tak mampu atau tak ada masa, mula dengan ubah diri kita sendiri untuk jadi lebih mesra OKU seperti:
Hentikan perangai setan meletakkan kenderaan di lot parkir khas OKU. Walaupun kau cakap nak parking seminit je untuk cucuk duit, hentikan. Pergilah parking jauh sedikit dan guna sepasang kaki sempurna yang Tuhan dah berikan tu. 2. Ketahui Cara Memimpin Untuk Melintas Jalan
Kalau badan tu sihat walafiat, elakkan guna lif dan beri keutamaan kepada mereka yang berkerusi roda. Ini tidak selalu aku perati yang muda remaja tu lah sibuk nak naik lif pergi wayang padahal eskalator bersepah dalam bangunan (keutamaan ini juga terpakai pada ibu mengandung dan ibu bapa dengan anak di dalam stroller).
4. Laluan Orang Buta
Ini serba sedikit apa yang kita boleh buat untuk menjadikan kehidupan golongan OKU lebih baik. Kalau hari tu kau bukan main lantang bercakap pasal Paralimpik, eloklah kau mula ubah perangai kau dari hari ini sebelum atlet Paralimpik kita pulang 22 September nanti. Macam aku sebut, kalau tak boleh membantu, jangan susahkan kehidupan mereka dan bersama-sama kita ubah mentaliti kita semua. Teringin nak jadi negara maju Wawasan 2020 kan? Mula dengan empat benda asas tadi untuk mudahkan golongan OKU.
Jangan sampai orang kata, kita menang emas Paralimpik tapi nasib OKU terus tergadai.
akmal aziz 23 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?