Thank you for using rssforward.com! This service has been made possible by all our customers. In order to provide a sustainable, best of the breed RSS to Email experience, we've chosen to keep this as a paid subscription service. If you are satisfied with your free trial, please sign-up today. Subscriptions without a plan would soon be removed. Thank you!
POLIS memeriksa mayat wanita yang ditembak dua lelaki bermotosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di sini petang ini
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang mereka naiki ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di sini, petang ini.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anak berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah itu ditembak lima das menerusi cermin tingkap sebelah pemandu.
"Satu peluru mengenai lehernya, manakala anak perempuannya yang berusia lapan tahun di tempat duduk penumpang hadapan dipercayai terkena tembakan pada sisi sebelah kanan kepala.
"Ada saksi mendakwa melihat suspek berlegar-legar menaiki sebuah motosikal di sekitar kawasan kejadian tidak lama sebelum tembakan," katanya di sini, tadi.
Buat masa ini polis belum dapat memastikan motif kejadian dan identiti suspek.
"Anak mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan namun kita belum dapat memastikan tahap kecederaannya.
"Tembakan berlaku di tengah simpang jalan yang dikelilingi beberapa restoran, dan kita yakin ada saksi melihat kejadian ini dengan jelas selain kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada berhampiran tempat kejadian," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Oleh Nor Azizah Mokhtar 06 Jul, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?