Thank you for using rssforward.com! This service has been made possible by all our customers. In order to provide a sustainable, best of the breed RSS to Email experience, we've chosen to keep this as a paid subscription service. If you are satisfied with your free trial, please sign-up today. Subscriptions without a plan would soon be removed. Thank you!
LOKASI rumah yang terbakar di Taman Desa Aman, Kuala Pilah, awal pagi tadi. - Foto Amran Yahya
KUALA PILAH: Tiga beranak yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung diselamatkan anggota bomba apabila mereka terperangkap dalam rumah yang terbakar di Taman Desa Aman, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu jam 3.20 pagi, tujuh lagi ahli keluarga terbabit sempat keluar menyelamatkan diri lebih awal apabila menyedari bahagian ruang tamu mula terbakar.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, berkata pasangan suami isteri berusia 38 tahun dan anak lelaki berusia tujuh tahun itu tidak dapat keluar disebabkan api semakin marak sekali gus menghalang laluan.
"Kita menghantar dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Bahau bersama 13 anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
"Sebaik tiba, kita dimaklumkan tiga beranak terbabit yang tidur di bilik tingkat atas masih terperangkap. Pasukan bomba segera mengawal kebakaran dan menghantar anggota masuk menyelamatkan mereka.
"Ketiga-tiga mangsa yang terhidu asap tebal berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, dua anggotanya cedera ringan ketika meredah api menyelamatkan mangsa terbabit.
Oleh Nor Azizah Mokhtar 07 Jul, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?