Pelajar hancur tiga jari kaki, 40 mercun bola dalam tin meletup

Thank you for using rssforward.com! This service has been made possible by all our customers. In order to provide a sustainable, best of the breed RSS to Email experience, we've chosen to keep this as a paid subscription service. If you are satisfied with your free trial, please sign-up today. Subscriptions without a plan would soon be removed. Thank you!

TIN yang digunakan untuk mengisi 40 biji mercun bola. - Foto Abdulla Nik Omar

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Dua hancur tiga jari kaki kanan serta retak tulang kaki selepas 40 biji mercun bola yang dinyalakan meletup, di Kampung Sireh, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa Mohd Aidil Ikhwan Mohd Rashid, 14, dikatakan memasukkan ke dalam tin sebelum menyalakan mercun berkenaan.

Bagaimanapun, mercun terbabit tidak meletup menyebabkan mangsa menguis tin berkenaan dengan kaki, sebelum mercun terbabit secara tiba-tiba meletup.

Akibat letupan itu, tiga jari kaki kiri mangsa hancur termasuk ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta retak tulang kaki.

Bapa mangsa, Mohd Rashid Ismail, 55, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya sebelum terkejut mendengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

"Saya bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut melihat kaki anak saya berlumuran darah dan mengerang kesakitan. Kami menghantar Mohd Aidil Ikhwan ke hospital," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

Mohd Rashid berkata, anaknya dijangka menjalani pembedahan petang ini.

Oleh Nor Azizah Mokhtar 07 Jul, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?