Kontest Panduan Blogger by Hasrul Hassan
Kontest ini merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh saudara Hasrul Hassan bagi memantapkan lagi ilmu dalam dunia blogging khususnya kepada mereka yang mula meminati bidang blogging ni. Tanpa panduan yang betul pasti anda tidak akan berjaya seperti mana blogger lain.
Kontest Panduan Blogger by Hasrul Hassan
Segala panduan yang disediakan dalam blog Panduan Blogger ini sangat berguna dan sememangnya menjadi sumber inspirasi kepada setiap blogger untuk berjaya dalam dunia alam maya ini. Pendidikan tidak terbatas kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja tetapi ia sebenarnya merangkumi pelbagai bidang, begitu juga dalam blogging.
Memiliki tahap kemahiran yang betul dalam penulisan juga penting selain daripada tips untuk lebih mesra carian engine (Search Engine Optimization). Segalanya tertulis dalam blog Panduan Blogger ini untuk tatapan blogger sekalian.
Kontest yang meletakkan syarat mudah ini tidak harus dilepaskan oleh blogger sekalian kerana anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah berkaitan dengan blogging yang akan disediakan oleh saudara Hasrul Hassan.
Tidak tahu pasal blogging? Usah risau! Segala bentuk soalan yang ditujukan kepada anda nanti pastinya sangat mudah dan jawapannya boleh anda dapati dari blog Panduan Blogger ini. Hadiah yang disediakan juga lumayan dan tidak rumit seperti mana contest atau giveaway yang lain.
Semoga kontes Panduan Blogger ini mendapat sambutan blogger lain, bukan sahaja untuk memenangi hadiah yang disediakan tetapi lebih kepada ilmu dalam blogging yang pastinya tidak terdapat dalam mana-mana blog panduan untuk blogger. Ilmu itu luas! Jangan sia-siakan peluang yang hadir seperti ini. Semoga Berjaya!

Kontes Panduan Blogger ditaja OhMedia Network, Eqbalzack.com, RahsiaDuitFree, Aynoranur.com, KhairilMazri.com, MKHakimi.com, Dkna.my, Blogfyna.com, Queachmad.com, JeritPekik.my | Anjuran dan Disediakan oleh HasrulHassan.com
Bagaimana Pula Pandangan Anda?