Sebab Orang Malas Nak Join Giveaway

Sebab Orang Malas Nak Join Giveaway | Hari ni aku nak cerita pasal giveaway sikit, berdasarkan pengalaman aku menyertai dua giveaway iaitu yang pertama Giveaway by Zuhri dan yang terbaru ialah Giveaway Emas Putih.


Sebab Orang Malas Nak Join Giveaway
Nak Hadiah?

Ada yang bertanyakan kepada aku, rajin pulak aku nak join giveaway semua ni. Pada aku, aku join secara sukarela sahaja dan buat network secara sambilan dengan join event kecil-kecilan seperti ini.

Tetapi, baru dua giveaway je aku rasa macam nak give up dah join giveaway ni. Kenapa? Mengikut pengalaman aku sendiri, kat sini aku nak kongsi sedikit kenapa aku dan rasanya beberapa yang satu jenis macam aku ni agak malas nak join giveaway selepas ini. 

Sebab Orang Malas Nak Join Giveaway

Salah satu sebabnya kena follow blog orang sampai berpuluh jenis blog, itu belum masuk kena like page masing-masing, siap ada yang kena klik iklan lagi. Amek kaw! Ni contoh screenshot yang aku ambil semalam.

Tab Browser
Tab Browser Yang Gila Banyakk

Punya lah nak kena cukup syarat join giveaway, google chrome aku sampai crash sebab load file banyak sangat. Itu belum yang tepek lagu dalam blog diorang lagi, widget kat sidebar yang bertimbun, memang ada setengah jam jugak la nak tunggu. 

Nasihat daripada aku, nak buat giveaway yang grand, hadiah pun biar la grand jugak. Aku tak ada la nak demand sangat dengan hadiah tu, tak fikir sangat pun hadiah tu tapi kalau dah macam gini gayanya, alamak memang taubat lah aku join giveaway yang macam gini lagi banyak kerja. 

"Tak suka tak payah la join, complain pulak!" Ia betul tu. Mungkin ada yang akan kata begitu tapi ini hanyalah pandangan aku berdasarkan pengalaman aku sendiri. Jangan ambil serius sangat. Aku rasa cukup la sekadar backlink pada akhir entri tersebut sebab pada aku itu sudah jauh memadai.

Nampaknya lepas ni kena la aku memilih sikit nak join giveaway yang macam mana, tak boleh la nak sebat join terus. Segalanya terpulang kepada diri masing-masing, tepuk dada tanya diri nak join ke tak. ;)

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?