Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blogging | Blogging kini merupakan satu trend yang digunapakai oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira pangkat atau darjat seseorang itu asalkan anda mempunyai minat untuk berblogging.
Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blogging
Sebelum menceburi bidang blogging, banyak perkara basic yang perlu anda ketahui. Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil serius tentang perkara penting dalam blogging dan boleh dikatakan mereka hanya menulis sekadar suka-suka sahaja.
Panduan dalam dunia blogging ini boleh didapati di carian google untuk memudahkan anda memulakan langkah pertama untuk selangkah kehadapan. Di sini akan dikongsikan beberapa tips dan perkara penting yang anda perlu tahu.
Ilmu Dalam Blogging Dengan Panduan Ringkas Panduan Blogger
Apa itu Google PageRank (PR)?
Google PageRank boleh didefinasikan sebagai ranking dalam google atau lebih kepada kepentingan sesuatu website itu dalam carian google. Banyak faktor yang memainkan peranan dalam Google PageRank ini dan antara faktor pentingnya ialah linked website lain kepada blog kita.
Secara ringkasnya, lagi banyak website lain memberikan backlink kepada kita, lebih tinggi ranking kita dalam carian google. Ini menunjukkan bahawa blog kita itu adalah bermakna dengan adanya backlink tersebut dan dianggap trusted website pada tanggapan google crawler.
Membina rangkaian backlink juga perlu diambil kira antara backlink berkualiti ataupun tidak. Jangan sesekali menggunakan perkhidmatan spam backlink yang dianggap backlink sampah dan hanya akan merosakkan ranking blog kita dalam carian google. Antara langkah bijak untuk membina backlink berkualiti ialah dengan blogwalking selain membina jaringan sesama blogger.
Search Engine Optimization (SEO)
Search Engine Optimization (SEO) adalah mengoptimumkan blog kita dalam carian engine dengan menggunakan teknik yang betul. Google menggunakan pelbagai cara dan tools untuk untuk memastikan maklumat yang dicari pengguna internet itu tepat.
Kita sebagai information provider haruslah bertindak jujur dengan memberikan informasi yang betul dengan menggunakan teknik SEO mengikut algoritma google yang sesuai kerana algoritma google sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.
Banyak teknik SEO yang kita perlu tahu, baik daripada design template blog kita, plugin yang digunakan, cara penulisan kita sehinggalah pembinaan backlink kepada entri kita tersebut. Antara teknik yang paling penting ialah cara penulisan itu menepati teknik SEO yang betul.
Cara penulisan kita haruslah menggunakan keyword yang sesuai dan unik. Dengan menulis keyword pada heading, alternatif tag pada gambar, title pada setiap link serta memasukkan keyword pada awal dan akhir posting, ini memberitahu google robot bahawa anda sedang menulis tentang entri berkaitan keyword tersebut.
Penampilan Blog Yang Kemas dan Teratur
Selain mengoptimumkan template blog dengan SEO, susunan blog juga harus diambil kira untuk memudahkan para pembaca mengunjungi blog anda. Penggunaan bahasa yang santai juga penting supaya pembaca setia menikmati penulisan kita.
Blog yang kemas dan teratur biasanya menggunakan template yang ringkas dan loading speed yang cepat. Antara ciri-ciri blog yang menarik ialah kurang meletakkan iklan pada blog, elakkan penggunaan widget yang berlebihan serta kurangkan redirection link ataupun dengan kata mudahnya link keluar dari blog kita.
Redirection link ini biasanya akan melambatkan loading blog kita khususnya apabila website link keluar itu sedang down server kerana kita harus menunggu begitu lama untuk ianya terlihat. Seeloknya, perbanyakkan penggunaan internal link dalam setiap posting kita supaya ianya kelihatan menarik sekaligus boleh menambahkan jumlah pageview blog kita.

Bagaimana Pula Pandangan Anda?