Alexa Ranking Cecah Angka Nombor 2 di Hadapan!

Alexa Ranking Cecah Angka Nombor 2 di Hadapan! Terlebih dahulu aku nak memohon maaf kepada korang yang singgah sini tapi takda update benda baru. Sebenarnya aku kini menghampiri final exam untuk semester kali ini yang akan bermula pada 5 Mei hingga 22 Mei 2013.


Alexa Ranking Terkini Blog Khairul Asrol
Alexa Ranking Terkini Bulan Mei

Kalau tidak silap, entri terakhir aku ialah mengenai Kontes Panduan Blogger yang aku sertai tempoh hari anjuran Blogger Hasrul Hassan pada hari selasa lepas. Sedar tak sedar, ranking alexa aku semakin mengecil tetapi pada tahap yang agak slow sikit daripada sebelumnya.


Experiment Ranking Alexa

Dalam aku lama tidak update entri, hampir seminggu rasanya, aku dapati ranking alexa ini tetap mengecil juga dari semasa ke semasa namun pada tahap yang perlahan. Pada 16 April yang lalu, aku ada kongsikan ranking alexa aku yang ketika itu bawah 300k global ranking.

Secara rawaknya, ranking alexa blog ini berada tahap 200k ke bawah dalam masa dua minggu walaupun kurang mengupdate entri. Dari sini, aku nak kongsikan sedikit tips mengapa alexa ranking semakin sukar untuk mengecil :

1. Kurangnya mengupdate entri adalah faktor utama kenapa ranking alexa kurang memberansangkan. Seperti mana yang semua orang tahu, jika kita rajin mengupdate entri, pasti percentage untuk visitor datang ke blog kita itu lebih tinggi.

2. Persaingan antara blog yang semakin hebat untuk mengejar ranking alexa ini. Ini terbukti secara logiknya, blog yang lebih bagus daripada blog kita pasti memintas ranking alexa kita. Kalau kita hendak memintas mereka, bermakna kita perlu bekerja keras untuk itu.

Nak mantain ranking alexa ni memang susah sebenarnya. Jadi tidak hairan la jika kita konsisten macamana sekalipun mengupdate entri tetapi persaingan hebat daripada blogger lain itu mengatasi blog kita, tetap ranking alexa blog kita akan jatuh jugak akhirnya.

Namun alexa ranking bukan segalanya, alexa ranking bukan tools yang bagus untuk mengetahui jumlah visitor blog tersebut kerana alexa ranking ini dipengaruhi oleh banyak faktor. Boleh baca entri sebelum ini tentang cara mengecilkan ranking alexa dan apakah parameter yang digunakan alexa.

Akhir sekali, terima kasih kepada yang sudi bertanyakan aku kenapa jarang update blog, sibuk sangat sebenarnya dengan komitmen study. Banyak kerja dan ulangkaji kena lebih sikit, jangan high expectation tapi low effort! Memang takan berjaya lah kann.

Mungkin ada masa aku singgah mana-mana blog yang aku sempat singgah kalau online. Terima kasih sudi singgah. Tanpa korang, siapalah blog aku ni. :)

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?