Permohonan Online Biasiswa Bank Negara Malaysia Untuk Lepasan SPM 2011


scholarships 300x206 Permohonan Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2012/2013



Permohonan Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2012/2013 untuk LEPASAN SPM 2011.
Permohonan Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2012 / 2013 sudah pun diumumkan oleh pihak BNM baru-baru ini. Rasanya ramai lepasan SPM yang ingin memohon Scholarship Bank Negara Malaysa kerana mereka tahu Bank Negara mampu memberi amaun biasiswa yang memuaskan.
Jadi sebelum anda membuat sebarang permohonan online Bank Negara Malaysia ini, lihat dulu la bidang yang BNM ni nak sponsor kepada pelajar LEPASAN SPM 2011.
Andai ada bidang yang anda meminati, boleh mengorak langkah untuk apply (Link Apply ada di penghujung post)

Pemilihan Bidang Pembelajaran di BNM :

1. Ekonomi
2. perakaunan
3. Sains Aktuari
4. Perbankan dan Kewangan
5. Kejuruteraan Kewangan
6. undang-undang
7. Syariah
8. matematik
Jadi apakah program pra universiti yang bakal anda ikuti jika memohon scholarship BNM 2012 ini? Lihat juga Syarat untuk permohonan biasiswa Bank Negara Malaysia.

Pra Universiti

1. Cambridge A-Level
2. American Foundation Program
3. South Australian Matriculation.








Syarat minimum untuk pemohon :

1. Mendapat sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja) dalam keputusan SPM 2011
2. Berumur 19 Tahun sebelum 1 Julai 2012

Tambahan Syarat untuk pemohon :

1. Mahir dalam bahasa Inggeris, bertulis dan lisan
2. Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
3. Cemerlang dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukan (A)
Ok, bagaimana? Berminat untuk memohon? Pastikan anda alert dengan tarikh tutup permohonan ini kerana selepas sahaja Keputusan SPM 2011 diumumkan nanti, anda diberi masa 8 hari untuk memohon. Selepas 8 hari, segala permohonan tidak akan dilayan oleh pihak BNM.
#jika keputusan SPM 2011 diumumkan pada 22 Mac 2012, maka tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mac 2012

Link untuk Apply > Borang permohonan Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2012 / 2013 (dibuka selepas keputusan SPM 2011 diumumkan).
Nota kaki : Maaf saya tidak sertakan sekali Permohonan Bank Negara Malaysia sesi akademik 2012/2013 ini untuk Sarjana Muda (Kepujian) dan PascaSiswazah (Masters dan PhD).
Bagi mereka yang sedang mencarinya, boleh terus ke LINK INI untuk melihat kriteria dan syarat permohonan. 

Sebarang masalah dan kesulitan, hubungi :

Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 603-2698 8044 / 1300 88 5465
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?