Asslamualaikum. Terima kasih sudi baca conffesion saya ni. Saya seorang peniaga online. Saya jual barang yang custom made. (Contoh barangan : bantal yang ada tulisan nama pembeli atas tu. Ni contoh barangan sahaja. Bukan barang yang saya jual)
Saya dah menjalankan perniagaan online ni dah masuk 3 tahun. Alhamdullilah dulu saya buat secara part time (sambil bekerja). Tp sekarang disebabkan bisnes nampak maju dan saya terima banyak order setiap minggu, saya berhenti kerja dan buat bisnes online full time.
Jadi bila dah banyak terima order, banyak jugak la barang yang saya kena pos setiap minggu. Customer saya dari Malaysia, Singapore & Brunei. Customer Brunei & Singapore memang tak banyak karenah. Ni nak cerita customer dari negara kita sendiri ni.. Tak semua customer. Tapi sesetengah.
Saya collect order setiap minggu. Disebabkan barang custom made. Jadi saya dah tetapkan hari untuk pos parcel adalah pada setiap hari Isnin. Hari Selasa hingga hari Ahad saya buat barangan yang di order. Hari Isnin pos. Setiap kali pos, saya akan pos dalam 15-20 parcel setiap minggu. Barang yang saya pos dalam kotak-kotak besar. Bukan kecil macam plastik pos laju tu.
Bila dah pos banyak barangan, saya just foward kan tracking nombor dan gambar barangan yang di order pada customer.
Alkisah saya nak cerita kisah seorang customer.. Barang dia saya pos Isnin. Hari Selasa barang tu dah delivery process. Barang beralamat di pejabat customer tu sendiri. Ok, customer tu tunggu punya tunggu barang dia. . Tapi pos laju tak muncul2. Sampai la petang. Jadi, malam tu customer balik dan semak tracking no dia kat laman web pos laju.
Status: Unsuccessful delivery. Please contact 1-300-300-300.
Customer tu pun foward status pos laju tu pada saya. Dan mula marah-marah saya. Sy tak faham kenapa dia nak salahkan saya sebab barang dia tak dihantar. Waktu dia whatapp saya tu pukul 9 malam.
1. Mula2 dia salahkan saya kenapa tak semak tracking no dia. Kenapa x follow up barang dia dah sampai atau belum. Hmmmm.. selama ni memang saya tak pernah cek tracking no customer saja-saja unnless kalau customer bagi tau tracking no dia tak ada dalam sistem atau lain-lain masalah. Klau saya nk semak semua habis la saya. Semak 20 orang punya tracking no setiap minggu semata2 nak cek barang tu sampai atau tak. Saya dah bagi tracking no.. boleh track n trace sendiri.
2. Lepas tu dia salahkan saya pula kenapa pos laju tak deliver barang dia hari tu. Yang ni sy tak boleh terima. Kenapa nak kena salahkan saya. Tu luar bidang kuasa saya. Saya bukan kerja under pos laju. Saya rasa pos laju x sempat nak buat delivery sebab barang bnyk. Sebab tu barang dia balik semua ke pejabat pos laju.
3. Lepas tu dia senyap utk 1 jam di whatapp. Lepas 1 jam dia whatapp saya semula bagi tau alamat yang saya tulis salah.. omgeeee.. suka suka tuduh saya salah tulis alamat. Saya dah hilang kesabaran. Saya snap dia resit borang pos laju tu dan send pada dia. Sy suruh dia tengok betul tak alamat tu. Alamat tu betul mcm yang dia bagi. Jadi apa lagi salah saya??
4. Tau tak yang paling saya terkejut dia reply macam ni. "Ooo patutla barang saya tak dihantar. Ink pen awak ni habis. Cuba awk tengok tak jelas tulisan kat borang ni". Part ni saya tak pasti nak gelak atau nak marah. Memang la tak jelas. Kan tu salinan. Adoyai.. kan tu ink karbon yang lekat kt salinan ke dua, tiga & salinan ke empat di borang pos laju. Yang ori dan jelas ditampal di parcel.
5. Esoknya dalam pukul 11 pagi, customer tu whatapp saya barang dia dah sampai. Jadi betul lah. Barang tak sempat dihantar semalam. Pos laju sambung hantar keesokan harinya. Kesimpulannya, sabar. Jangan tuduh seller bukan2.
Saya pun suka beli barangan online juga. Saya pun pernah jadi kes yang sama.. Barang saya delivery process tapi smpai petang barang tak sampai. Malam tu saya cek tracking no status yang sama. Unsuccessful delivery. Pos laju tak datang hantar pun. Nota pos laju pun tak ada ditinggalkan. Tapi saya tak ada lah nak salahkan seller. Saya pergi collect sendiri barang tu kat pejabat pos. Tracking no saya tulis atas kertas je.
Dalam hal ni saya tak salahkan pos laju 100%. Sebab sepanjang saya menggunakan khidmat pos laju, barang yang saya pos ke customer tak pernah lagi tak sampai. semua sampai dengan selamat. Cuma lambat atau cepat sahaja.
Ada lagi bermacam-macam ragam customer. Ada yang tempah hari ni, esok nak barang dia siap lah. Padahal barang custom made. Ambil masa 2-3 hari utk siap. Pastu ada yang order dan bayar deposit. Bila barang siap senyap membisu.. macam-macam lagilah ragam.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?