Transformasi IPG lahirkan guru terlatih bertaraf global

PENSYARAH Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Norani Abd Rahim (tengah) membimbing siswa guru dalam pertandingan inovasi sempena Karnival Inovasi IPGKIK sejajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang menepati transformasi Institut Pendidikan Guru (IPG). - Foto Mohd Azrone Sarabatin

KUALA LUMPUR: Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam proses transformasi bagi menyediakan guru terlatih berkualiti dan diiktiraf di peringkat global.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pensyarah IPG perlu menerajui perubahan dengan menjadi teladan kepada guru praperkhidmatan yang dilatih.

Katanya, ia bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan kandungan pedagogi diperlukan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

"Pengetahuan kandungan pedagogi diperlukan dalam KBAT bagi melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global, selain membentuk akhlak dan sahsiah mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada BH, hari ini.

Oleh Ramli Ibrahim 09 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.