PIX Khairul Najib Asarulah Khan
KUALA LUMPUR: Jenazah ibu Ketua Biro BH Negeri Sembilan, Ziauddin Sharuddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, di sini, hari ini.
Zainun Shamsiah Md Jidin, 82, meninggal dunia akibat komplikasi hempedu pada jam 4.48 petang semalam, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.
Terdahulu solat jenazah diadakan di Surau As-Sahabah Seksyen 6, Kota Damansara.
Kira-kira 100 ahli keluarga dan rakan menghadiri majlis pengebumian pada jam 11.45 pagi itu.
Yang turut hadir, Pengarang Bersekutu Berita dan Integrasi Media BH, M Thillinadan.

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi 09 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.