Skim pesara tentera dikaji

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan sedang mengkaji untuk menambah baik skim pencen pesara tentera sedia ada bagi memastikan kebajikan bekas perajurit negara terus terjamin.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, berkata kajian itu membabitkan jurang pencen termasuk tempoh kelayakan untuk mereka menerima inisiatif, selain bantuan yang sedang diberikan.

"Pelbagai bantuan termasuk perumahan, persekolahan dan biasiswa kepada pesara serta ahli keluarga mereka terutama yang mempunyai masalah dan tidak berkemampuan dikaji.

"Selepas selesai, setiap cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan bagi mendapat persetujuan daripada mereka sebelum ia terus dilaksanakan," katanya kepada media selepas program Walk For Peace di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini, hari ini.

Walk For Peace anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) itu disertai kira-kira 4,500 peserta terdiri daripada pesara tentera dan penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Program itu turut mendapat sokongan penuh Kementerian Pertahanan, Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan World Veterans Federation.

Oleh Norzamira Che Noh 21 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.