
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) mengaminkan doa selepas menyampaikan sumbangan kepada Imam Masjid Ban Oou, Elias Ahmad (tiga, kanan) selepas selesai menunaikan Solat Jumaat di masjid itu hari ini.- Foto BERNAMA
BANGKOK: Datuk Seri Najib Razak tiba di Rumah Kerajaan di sini sebentar tadi, bagi memulakan Mesyuarat Rundingan Malaysia-Thailand keenam.
Ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 4 petang waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) disambut oleh Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chanocha.
Najib kemudian menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan kawalan kehormat sebelum memulakan mesyuarat.
Turut menyertai mesyuarat itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Oleh Ramli Ibrahim 09 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.