
Kaunter pasport di Pusat Transformasi Bandar (UTC). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Semua kaunter pasport di Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditutup mulai 10 hingga 12 September ini sempena sambutan Aidiladha.
Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, semua kaunter UTC akan beroperasi seperti biasa pada 13 September.
Kaunter pasport di UTC Kedah, Kelantan dan Terengganu pula tidak beroperasi empat hari bermula 10 September hingga 13 September sebelum dibuka semula pada 14 September.

Oleh Ramli Ibrahim 09 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.