PM Najib tiba bagi lawatan kerja ke Thailand

BANGKOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand, Dong Mueang di sini, malam ini bagi memulakan lawatan kerjanya ke Thailand.

Ketibaan Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menaiki pesawat rasmi kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia), disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof Dr Wissanu Krea-Ngam.

Najib bersama Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-o-cha dijadual menghadiri Mesyuarat Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Keenam esok, bagi memuktamadkan beberapa polisi kerajaan dalam isu sempadan kedua-dua negara dan kerjasama bagi menangani kegiatan penyeludupan manusia.

Oleh Hafizah Iszahanid 08 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?