Kamarozaman presiden baharu NUTP

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, 53, dilantik presiden baharu NUTP berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan penyandang jawatan, Hashim Adnan, yang bersara wajib semalam, selepas menerajui kesatuan dianggotai 200,000 guru sejak lapan tahun lalu.

Setiausaha Agung NUTP, Datuk Lok Yim Pheng, berkata pemilihan Kamarozaman diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat tergempar dihadiri 63 EXCO, hari ini.

"Jawatan Timbalan Presiden disandang muka baharu, Chan Tai Choon, menggantikan Thye Meng Seng yang bersara wajib sejak Mac lalu.

"Pemilihan jawatan nombor dua turut dilakukan secara sebulat suara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tergempar NUTP, di sini hari ini.

Hadir sama, Kamarozaman yang juga Pengerusi NUTP Pahang dan Tai Choon.

Oleh Baharom Bakar dan Mohamad Ishak 10 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.