Pendaftaran Parti Pribumi diluluskan

PUTRAJAYA: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelulusan itu diberikan secara dasar kerana PPBM perlu terlebih dahulu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.

"Berdasarkan perlembagaan parti itu, pengerusi berperanan mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi, manakala presiden mempengerusikan mesyuarat majlis presiden," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah.

Ahmad Zahid berkata, nama singkatan PPBM diluluskan selepas rundingan dilakukan di antara parti itu dan ROS.

"Bersatu (singkatan nama parti) tidak boleh digunakan kerana ada enam parti politik di negara ini yang menggunakan perkataan itu (dalam nama parti mereka)," katanya.

Oleh Zanariah Abd Mutalib 08 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.