
AHLI Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun. - Foto Danial Saad
GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun dibebaskan dengan jaminan polis, selepas proses soal siasat dan rakaman percakapan selama empat jam dibuat ke atasnya.
Peguamnya, RSN Rayer, berkata siasatan terhadap Jeff Ooi dilakukan mengikut Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 256 Akta Komunikasi dan Multemedia 1998.
"Soal siasat sebentar tadi dilakukan tiga anggota polis dari IPD Dang Wangi dan IPD Timur Laut," katanya ketika ditemui sebentar tadi.
Terdahulu, Jeff Ooi bersama Rayer keluar daripada IPD Timur Laut pada jam 6.30 petang, selepas menjalani kira-kira empat jam sesi soal siasat dan rakaman keterangan.

Oleh Rafidah Mat Ruzki 20 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.