Haron Din matang berpolitik

MURSYIDUL Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, dianggap kehilangan besar buat negara.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dr Irmohizam Ibrahim, berkata Allahyarham mengamalkan politik dan akademik positif serta sederhana, selain memberi sumbangan besar terhadap perpaduan kaum di negara ini.

"Boleh dikatakan Allahyarham tidak pernah tersalah kata atau mencerca pegangan dan anutan orang lain.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dan kita doakan rohnya ditempatkan bersama orang beriman serta syuhada," katanya,

Irmohizam berkata, Haron adalah tokoh ulama yang dikagumi dan banyak berjasa kepada dunia intelektual Islam menerusi pandangan tajam serta bernas.

Katanya, Allahyarham banyak menabur bakti dalam menggerakkan perpaduan umat Islam dan Melayu dengan semangat jitu.

16 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.