
Kedutaan Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al Agha pada Sambutan Ulang Tahun ke 68 Al-Nakba (Penjajahan Israil ke atas Palestin) di Kediaman Kedutaan Palestin, Jalan Pegawai, Kuala Lumpur. - Foto Azhar Ramli
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa digesa terus memberi tekanan ke atas kerajaan Israel untuk menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al-Agha, berkata Palestin sudah cukup menderita dan mahu penderitaan mereka ditamatkan oleh kerajaan Israel dan pada masa yang sama menggesa penubuhan negara Palestin.
"Kami (rakyat Palestin) sudah cukup menderita akibat kekejaman Israel selama 68 tahun, dan kami mahu lihat pendudukan Israel ditamatkan dan menubuhkan negara Palestin.
"Kami berharap PBB akan mendesak kerajaan Israel yang keras kepala untuk menubuhkan negara Palestin dan menamatkan kekejamannya terhadap rakyat Palestin kerana ini terus mencabuli undang-undang."
Anwar berkata demikian pada sidang media sempena ulang tahun ke-68 Al-Nakba (Tragedi Pelarian Palestin), di Kedutaan Palestin di sini.
Anwar berkata, rakyat Palestin juga ingin melihat generasi mudanya mempunyai masa depan yang cerah, menghadiri persekolahan dan universiti dengan aman tanpa sebarang konflik.
Tragedi Al-Nakba yang berlaku pada 15 Mei 1948 mencetuskan Perang Arab-Israel pada 1948 dan penubuhan negara Israel.
Kira-kira 750,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan rumah dan menyelamatkan diri daripada serangan oleh tentera Israel sementara kebanyakan bandar dan kampung yang didiami oleh rakyat Palestin musnah. - BERNAMA

27 May, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.