Amaran angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang melanda perairan Labuan dan Sabah iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan dijangka berterusan sehingga Rabu depan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata keadaan sama di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Rabu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

10 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.