Video Bapa Main Lagu Kepada Bayi Bertarung Nyawa Jadi Viral



LOS ANGELES: Satu video menyayat hati seorang bapa menyanyikan sebuah lagu dari kumpulan The Beatles kepada anaknya yang lahir pramatang, tetapi dalam keadaan nazak telah menjadi viral di Internet.

Menurut coretan dari video tersebut, ibu kepada bayi tersebut meninggal setelah melahirkan anaknya

Chris Picco, mengambil sebuah gitar ke wad anaknya dan menyanyikan lagu "Blackbird" kepada anaknya, Lennon, yang sedang bertarung nyawa pada ketika ini.

Bayi tersebut lahir pada umur 24 minggu dalam kandungan pada 8 November, tetapi ibunya Ashley meninggal pada hari yang sama.

Video yang memaparkan ayah kepada bayi berkenaan memainkan lagi "Blackbird" kepada anaknya yang berada dalam inkubator telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan di Youtube setakat ini. Video tersebut dimuat naik pada 12 November. - Siakapkeli.com.my

PrivaTE 14 Nov, 2014

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.