Akta Majlis Keselamatan Negara tidak gugat sistem negara

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. - Foto Luqman Hakim Zubir

KANGAR: Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak sama sekali menggugat kuasa Yang di-Pertuan Agong, seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata akta ini hanya khusus di kawasan tertentu sahaja dan bukannya berskala besar.

Katanya, rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu merujuk kepada Perkara 74 (kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang di kawasan tertentu) dan bukannya Perkara 150 (proklamasi darurat).

"Akta MKN tidak sama sekali memberi kuasa kepada Perdana Menteri seperti yang didakwa kerana kuasa itu terletak kepada MKN.

"Ia hanya membabitkan kawasan keselamatan tertentu seperti di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan kawasan sempadan negara," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Majlis Konvensyen MIC Negeri Perlis ke-70 di di sini hari ini.

Mengulas dakwaan Akta MKN mengancam demokrasi negara, Shahidan berkata, ia tidak berasas kerana rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen selepas majoriti menyokongnya.

"Akta ini sudah menjadi undang-undang kerana diluluskan mengikut demokrasi..mengapa ia perlu dipersoalkan serta didakwa mengancam demokarasi?.

"Sebenarnya, mereka yang menentang Akta MKN ini, yang mengancam demokrasi negara," katanya.'

19 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?