Aidiladha tingkat mutu, nilai pengorbanan - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat Islam di negara ini menjadikan Aidiladha yang disambut esok sebagai titik-tolak untuk terus komited meningkatkan mutu serta nilai pengorbanan ke arah menjadi hamba Allah SWT yang dirahmati-Nya.

Perdana Menteri berkata, semua lapisan masyarakat Islam hendaklah berjuang dan berkorban membina masa depan negara yang lebih maju dan progresif sebagai negara Islam berteraskan Maqasid Syariah.

"Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula dari diri sendiri. Inilah yang kita pelajari daripada sirah Rasulullah SAW yang memberikan inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita membangunkan negara tercinta ini.

"Justeru, marilah kita menjadikan Aidiladha yang disambut tahun ini titik-tolak untuk kita terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan nilai pengorbanan agar tergolong dalam kalangan hamba Allah SWT yang dirahmati," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha 1437H yang disambut esok menerusi blognya, www.najibrazak.com, hari ini.

Perdana Menteri dan keluarga turut mendoakan mereka yang berada di Tanah Suci, selamat mengerjakan ibadat haji dan mendapat haji mabrur.

"Bagi yang lain, marilah kita menyertai Hujjaj dengan doa restu, takbir, tahmid dan tahlil di samping melaksanakan ibadat korban dengan menghayati roh syariah.

"Tidak lupa marilah kita sama-sama mengambil peluang hari-hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang bertambah dan berterusan bagi negara kita yang tercinta," katanya.

11 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.