SIDANG media oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam mengenai penularan Virus Zika di Putrajaya. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan berjumpa Majlis Fatwa Kebangsaan pada minggu depan bagi membincangkan mengenai keperluan dan hukum agama berhubung pengguguran kandungan wanita hamil yang dijangkiti virus Zika.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata Kabinet mengarahkan pihaknya berjumpa dan berbincang bagi mengambil kira faktor saintifik serta hukum agama yang berkaitan bagi mencapai rumusan terbaik.
"Keperluan untuk menggugurkan kandungan juga perlu mengambil kira tahap kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan serta ibu terbabit," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Dr Subramaniam turut mengesahkan terdapat dua jenis virus zika yang menular di negara ini iaitu 'French Polynesia' dan 'Micronesia' sehingga menyebabkan enam warga tempatan dijangkiti penyakit terbabit setakat ini.
Oleh Magendran Rajagopal 14 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?