Wanita Malaysia dijangkiti tibi dirawat di Sydney

Bakteria tibi.

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan seorang wanita Malaysia dimasukkan ke Hospital Liverpool di Sydney, Australia akibat dijangkiti penyakit tuberculosis (tibi) sejak 18 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan pihak hospital mengesahkan pesakit, Salinah Nordin, 41, masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Education Malaysia Australia (EMA) di Sydney sudah mengadakan beberapa siri lawatan konsular ke atasnya di hospital," katanya.

Wisma Putra juga berkata, pihaknya bersama badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi lain, termasuk Biro Kebajikan Umno sedang berusaha menguruskan kebajikan Salinah dan keluarganya di sana.

15 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?