Alexa Ranking Broblogger.net
Dalam masa beberapa bulan, sekitar awal bulan Februari 2013 yang lalu, alexa ranking blog ini berada pada tahap 1 juta lebih kot. Tu kerana aku jarang update macam sekarang ni, minat nak menulis tu ada tetapi internet pula tidak mengizinkan di rumah aku.
Sembang Ranking Alexa
Untuk pengetahuan semua, awal bulan Februari 2013 itu adalah tarikh aku bermula masuk semester 3 baru bagi tahun 2012/2013. Jadi boleh la aku mengambil kesempatan di waktu lapang aku untuk menulis dan cari informasi untuk aku kongsi dengan korang semua.
Apa yang aku paling takut ialah apabila tamatnya cuti semester nanti, sekitar hujung bulan Mei 2013 rasanya. Kenapa? Sebab aku nanti dah susah la aku nak online selalu. Dah la banyak servis dan pekerjaan aku datangnya daripada sumber dari internet.
Sembang balik pasal Alexa ranking ni, mungkin bagi sesetengah orang tak kisah, tak ambil peduli pun tapi bagi aku ia juga antara kayu pengukur untuk menguji kekuatan sesuatu blog itu.
Apa yang menghairankan, ranking Malaysia aku adalah sangat teruk mungkin sebab tak femes langsung kat malaysia ni, dan ini membuatkan aku berfikir kembali cara untuk meningkatkan ranking dalam Malaysia pulak.
Tapi apa yang penting, blogging with passion! itu yang paling penting sebab daripada minat la korang akan konsisten dalam mengupdate blog dan membina legasi korang dalam dunia blogging ni, fuhh ayat aku. Legasi!
Jangan risau sangat pasal Alexa, Sponsored Posts, CPUV semua tu sebab itu semua hanya akan hadir kalau kita menunjukkan kesungguhan dalam blogging. Blogging tak semestinya pasal diri kita sendiri kan, kalau boleh penulisan tu biar lah bervariety sikit, kalau berkaitan satu niche je, korang mesti jadi masta dalam niche tersebut. ;)