Tetapi, tahukah anda, terdapat beberapa barang yang ada perlu ada dalam memastikan anda kelihatan segak, cantik, bergaya dan kemas?
Di sini admin ingin kongsikan daripada CNN tentang 5 barang yang anda perlu ada, di dalam almari, anda boleh sesuaikan mengikut gaya anda, hari atau pun persekitaran anda, jom kita tengok sikit!
1. JaketAnda perlulah melabur sedikit untuk jaket, tidak kiralah lelaki mahu pun wanita. Jaket sememangnya akan menampakkan sisi berbeza diri anda, anda boleh meniggalkannnya di dalan kereta, atau pun bawa bersama anda, kerana anda tidak tahu dengan siapa anda akan bertemu. Jadi, jaket ini mungkin menjadi penyelamat gaya anda. 2. Kot
Kot juga memainkan peranan yang penting dalam penggayaan anda, namun faktor cuaca sering kali menjadi penghalang untuk anda memakai kot. Anda boleh sahaja menggayakan, dengan kot jika anda ke sesuatu majlis di waktu malam, atau pun menonton wayang kerana persekitaran yang agak sejuk. Jika anda memakai kot, kena pada gaya dan tempat, sudah pasti anda menjadi tumpuan ramai.
3. Jam tanganKita sering kali mengendahkan penggunaan jam ini, ada yang berkata, telefon pun boleh tengok masa juga. Namun tahukah anda, dengan memakai jam, ia dapat meningkatkan imej anda, bukan itu sahaja, jika anda menghadiri mana-mana temuduga, dengan memakai jam, mereka tahu anda seorang yang 'punctual'.
Jangan lupa bahagian kaki pula, ianya melengkapi antara satu sama lain. Carilah kasut yang sesuai dengan keadaan, di mana ia akan menampakkan anda seorang yang professional dan kemas. Orang ramai akan memandang anda dari atas ke bawah, jadi tidak salah untuk membelanjakan sesuatu yang bagus, untuk kasut anda. Tidak kira lelaki mahu pun wanita, kasut juga memainkan peranan untuk membuatkan anda kelihatan lebih baik.
5. Blouse atau dressIanya mungkin sedikit kebaratan, namun jika anda boleh menggayakan mengikut diri anda, sudah pasti anda akan menjadi tumpuan pada sesuatu majlis. Warna yang gelap, seperti hitam amat sesuai untuk pakaian ini.
Roti Tisu 22 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?