Itulah gunanya, pembahagian tugas, supaya kita tidak terbeban dengan tugasan yang diberika. Setiap orang mempunyai tugasan harian, dan sudah tahu apa yang patut dilakukan. Tidak kiralah, syarikat itu siapa yang punya, kerja tetap kerja, ianya adalah tanggungjawab, dan mesti dilakukan juga.
Tetapi, lain pula kisahnya dengan seorang gadis ini, di mana, mempunyai rakan sekerja, yang juga adik kepada bos syarikat tempatnya bekerja. Jom kita selami, luahan isi hati gadis ini akan 'bos keduanya' itu.
Assalamualaikum. Aku perempuan. Kerja sektor swasta dan umur 25 (lagi 2bulan.cewah). Aku makan gaji dekat tempat kerja sekarang dah hampir 3 tahun. Semua ok je awalnya. Sampai la adik bos aku grad (oversea).Aku namakan adik bos aku ni sebagai A. A grad dengan jayanya tanpa repeat paper ke ape tp malangnya course yg dia ambil dulu, kurang peluang kerja kt negeri aku ni. So, 'terserap' la dia sebagai rakan sekerja aku. Seminggu sebelum dia fly balik malaysia, partner dekat tempat kerja aku, si S terpaksa cuti tanpa gaji sebab mak dia kena stroke.
The first month aku boleh terima kalau A masih malu or teragak2 nk buat ape2. Sebab kerja aku kerja yg sentiasa berdepan dgn org ramai. Call yg boleh kata dlm 6kali sejam. Oke takpe kitorang ajar satu2. Punch card tiap pagi pukul 8.15. Tapi best nya dia, card pon takde. Okey positif mungkin waktu percubaan kot.
A start kerja 16 julai. Aku ingat tarikh dia mula2 masuk. Kiranya untuk julai dia kerja just 14 hari. Habis julai, gaji masuk. Aku TERintai slip gaji dia. Sumpah bukan jelous ke ape tp gaji dia 2kali ganda dari kami yg siap buat OT ni. Mane tak terkejut. Tp since dia adik bos, ape boleh buat. Senyum jela. Bab gaji ni tak melarat pon sebab asal dpt hak aku, cukup la kan. Yg melaratnya, attitude dia.
Lagi parah time cuti aidiladha baru2 ni. Kerja mcm biasa cuma cuti raya 1 dan 2. Masuk raya ke 3 dah shift mcm biasa. Pagi tu turn aku dengan si A. Aku sampai tempat kerja sharp pukul 8. Kemas2, basuh itu ini. Tgk jam dah 8.45. Tapi still A tak muncul. Menyirap jugak sebab perut aku meragam (kenduri banyak semalam tu). Nak ke toilet mmg tak dapat sbb tak ade orang nk jaga kaunter. Takkan nk tinggal kosong camtu je kan? Last2 terpaksa la aku tarik pintu dan kunci kejap sebab tak mampu lagi dah nk tahan. 11.00 pg dah. Takde muncul lagi. Sharp 11.15 A sampai. Dengan muka tak bersalahnya. Terus ke pantri dan makan laksa pineng. Siap scroll ig n fb lagi. Aku serious bengang giler dah. Tp apakan daya..
Kenyang perut suka hati la kan? Tp tak. Dia dengan selamba nya ke bilik rehat lepas makan. Aku ingatkan nk betulkan tudung ke ape. Tp lepas sejam lebih tak muncul2. Tergerak hati nak intai. Ya Allah. Indah dibuai mimpi rupanya. Siap berselimut. Bantal kiri kanan. Jujur cakap, aku ternangis time tu. Sebab sakit hati yg amat. Aku breakfast pon belum. Dari 8.15 customer ada dalam 6 orang. Tiap sorang order item paling sikit rm250. Bayangkan.. terkejar sana sini. Nk jaga akaun lagi. Perut berdondang sayang ni jgn kira la kan. Tp dia? Dah boleh jd second boss dah.
Aku cuba fikir positif. Mungkin dia penat beraya kot. Tp the next day sampai la hari ni, the same thing dia buat. Yg lain nya menu breakfast dia je. Tiap hari sampai around 10-11am. Makan. Then mimpi. Lunch hour keluar lunch. Masuk balik main phone. Siap bergayut lagi mak kauuu. Mane tak sakit hati ni. Tp kami2 takut nak bersuara since dia adik bos. Sebab bos sendiri pon takde nk tegur ke apa walaupon dia nampak ape yg berlaku tiap hari. Nampak mcm mane org seorang buat kerja mcm lipas kudung sampai basah ketiak. Sampai berpeluh walaupon beraircond.
Tu belum bab ambil duit sale beli topap. Beli jajan. Aku jugak yg huru hara nak explain dekat bos. Nak adjust rekod akaun. Ohhh lupa. Si A ni suka layan kdrama. Aku tak kisah since aku pun layan. Tp silapnya dia khatam koleksi2 dia tu dekat tempat kerja. Sound boleh tahan la smpai pernah customer tanya "haii dik. Konsert kpop ke dalam tu?". Tergagap aku nak jawab. Aku dengan santunnye mintak dia rendahkan volume. Tahu dia reply ape? "Kalau dengar slow2 baik mute kan terus". Expression dia tu ya Allah. Istighfar jgn cakap la. Bimbang jugak terexceed limit sabar ni.
Banyak lagi sebenarnya kelakuan cemerlang graduan oversea ni buat. Aku cuma tulis yg terjadi depan mata aku. Aku bukan nak kritik graduan2 ke ape. Cuma si A ni tak melambangkan pun pemegang ijazah U terkemuka london bridge is falling down tu.
In case kau baca kan confession ni duhai A. Aku tak mintak banyak. Cuma kita sama2 pekerja walaupun kau degree oversea. Aku degree malaysia je. Biar lah adil. Ye kau adik bos. Tp tetap tanggungjawab kau dan aku sama. Kalau kita sama2 kerja, takde nye hard feelings antara kami2 dgn kau. Aku hormat kau. Sbb since upsr sampai spm bahkan upkk sekalipun kau sentiasa straight A. Kau cerdik. Tolongla jgn buat kecerdikan kau tu tertutup sbb attitude kau. Mmg kau adik bos. Tp selagi kau tak kerja based on ur degree, kau tetap pekerja selevel kami.
Tu je nak confess. Maaflah kalau ayat berterabur ke. Typo ke. Doakan hati aku dan partner2 lain sentiasa sado selama A masih tak dpt kerja lagi.
Thankyou guys. Havva good days ahead. Assalamualaikum..
Roti Tisu 22 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?