KUALA LUMPUR: Kemalangan di Kilometer (KM) 16.5 di Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE), pada jam 6.58 pagi tadi yang menghalang lorong kanan dan tengah, menyebabkan aliran trafik perlahan dari arah Damansara menuju Subang.
Walaupun kenderaan sudah dialihkan pada jam 7.22 pagi, kenderaan masih bergerak perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan selain keadaan cuaca hujan.
Twitter @plustrafik melaporkan, situasi sama turut berlaku selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi menghala pusat bandar, Bukit Lanjan menuju Jalan Duta, Damansara menuju Kayu Ara di Lebuh raya SPRINT serta Lebuh raya Persekutuan selepas Plaza Tol Batu Tiga menuju Sunway.
Turut perlahan, dari Putra Height menuju USJ di Lebuh raya ELITE.
Di Lebuh raya PLUS, kemalangan dilaporkan berlaku di KM 260 dari Kuala Kangsar ke Ipoh pada jam 7.19 pagi tadi namun, trafik terkawal.
Di utara, trafik perlahan sepanjang lima kilometer susulan kemalangan di KM 126.9 dari arah Bertam ke Sungai Dua namun, tidak menyebabkan halangan di laluan lebuh raya.
Trafik turut perlahan dari Seberang Jaya menuju Perai dengan kemalangan dilaporkan berlaku di pertengahan Jambatan Pulau Pinang pada jam 7.47 pagi tadi.
Di selatan, kenderaan bergerak perlahan di Bangunan Sultan Iskandar dari Malaysia menuju Singapura.
PLUS dalam pada itu menasihati pemandu supaya berhati-hati dengan mematuhi had laju ditetapkan serta memastikan jarak selamat dari kenderaan di hadapan bagi mengelakkan kemalangan.
Oleh Shaarani Ismail 22 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?